FAv SoNg

Friday 29 December 2017

AVILLION ADMIRAL COVE

Salam cuti sekolah…

Gambar dari google

Seperti tajuk diatas, eyfa nak buat review berkenaan dengan Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sempena dengan anniversary eyfa n husband yang pertama, husband bawak pergi menenangkan fikiran & of coz release all the stress away from kl di avillion admiral cove.
Perjalanan dari kl hanya memakan masa selama 1 jam setengah. Sesampai je sana,macam biasa check in di kaunter. Atas sebab check in sedikit lambat, bilik yang eyfa dah book dalam Booking.com dah kehabisan katil king, reception tukarkan bilik kitorang ke bilik panorama (view wing). Alhamdullilah rezeki nak honeymoon (hahah). Harga sama cuma tukar jenis bilik sahaja dari premium ke panorama harga RM320 semalam termasuk breakfirst. Dapat bilik no 1804, tingkat 8, keluar je lif dh nampak pintu bilik hhehehe…

Gambar bilik kitorang 
Hotel ni menyediakan banyak aktiviti seperti Flying Fox, Archery,Pontoon Walk, Fish Feeding dan lain lain lagi, op coz aktiviti yang eyfa sebutkan tadi berbayar, xmahal pon dalam lingkungan RM5-18/aktiviti.

Pontoon walk ialah aktiviti berjalan di tepi private boat. Boleh tengok2 ikan, tangkap2 gambar & op coz feel the view. If korang nak buat aktiviti nih, buatlah pada waktu pagi pukul 9-10.30 pagi sebab waktu nih, view yang sangat awesome dan gambar yang korang tangkap akan nampak cantik berbanding waktu petang. Harga hanya RM5 dewasa.

View waktu pagi dalam kol 9 pagi
                    
Rasa mcm dekat luar negara
Pose dengan White rose Langkawi boat

Untuk fish feeding, muroh aje yob!RM3 dewasa. Atter bagi ikan makan roti je!



Waktu malam, husband eyfa pergi swimming dekat pool hotel tuh. Agaknya rezeki jugakla, xde orang pon kat situ, salunya ramai je, entah kenapa time tuh, xde pulak orang nak mandi dalam pool tuh. So husband eyfa conquer la sorang. Fefeeling sengsorang dengan view malam yang cantik seperti di Hawaii. Lampu di keliling swimming pool tuh yg menaik kan lagi seri hotel tuh(acceh).

Gambar dari google view waktu siang
Pool view waktu malam

Keeseokan hari, kitorang makan buffet breakfirst di Trader’s food shop. After done everything, we just go back to kl and continue our journey as normal.

So untuk Avllion Admiral Cove, eyfa bagi 4.5 bintang! It’s  was exquisite experience coz I love the sea view!



No comments:

Post a Comment