FAv SoNg

Friday 29 December 2017

COLMAR TROPICALE, BUKIT TINGGI

Salam tahun baru..

Memandangkan kitorang kebetulan dari kuantan pada 24/12/2017 coz mak eyfa masuk wad baru2 ni, mak cik eyfa request nak jengjalan ke Bukit Tinggi, Pahang sebelum balik ke KL. Pergi time cuti sekolah tak sama rasa macam pergi time hari biasa. cuti sekolah ramai org, nak berjalan pon bergesel! nak tangkap gambar pon xfeeling. Ni kali kedua eyfa pergi ke bukit tinggi, so x se-excited time pergi pertama kali dulu.

Nak masuk ke Colmar Tropicale waktu ni kena bayar RM15/dewasa, RM10/kanak2. Macam biasalah pergi time cuti sekolah ni, jem memanjang nak naik keatas. Sesampai je atas, kitorang parking dekat bangunan visitor parking. Then jengjalan tangkap gambar sampai ke Hotel Colmar Tropicale.
Add caption


Maksu eyfa yang nak sangat berjalan
Ni gambar tahun 2016, xde orang, World peace!

Dah habis bergambar kat atas, kitorang turun kebawah, tgok Swan! first time eyfa digigit oleh swan tuh disebabkan duduk terlalu rapat dengan dia, terkejut semua orang kat situ sebab eyfa menjerit terkejut. orang kata pengalaman, dah duduk rapat siapa yg suruh?

               Waktu ni dah kol 4 lebih, so dh xpanas sangat
Inilah swan yang mengigit aq




















Then kitorang ke Japanese Village. Yang ni eyfa dah merasa dulu, nak ke Japanese Village ni kena naik tangga tinggi, dah habis mendaki tangga kena pulak mendaki bukit untuk sampai ke Japanese Village ni, Idokla larat dengan lemak2 tepu di badan nih. So yang kitorang ni jalan lah slow2 naik keatas berbanding dengan budak2 yang berlari2 naik bukit.

Nampak rendah, tapi tinggi
Sesi Mendaki bukit 








Japanese Village ada air sungai
 


Sekian...




No comments:

Post a Comment