FAv SoNg

Friday, 22 October 2021

RESIDENSI DESA SATUMAS - MAJLIS PENYERAHAN KUNCI (PART 4)

Majlis penyerahan kunci yang berlangsung pada 22/10/2021 (Jumaat) pukul 3petang di tempat parking kereta Residensi Desa Satumas telah pon selamat diadakan.

Ketika ni, saya menolak jemputan dari pemaju kerana ianya hanya publisiti, yg dapat hanya kunci tipu2, kita2 sebagai pembeli ni masih menunggu bilakah kunci sebenar akan dpt daripada pemaju.

Saya yang bayar booking deposit pada tahun 2017, sehingga kini masih belum dpt kunci rumah, jika dikira dah melebihi 36bulan dari tarikh bayar booking. Apabila diselidik dah difahamkan betul2, saya layak utk memohon LAD. 

Jika ada diantara korang yang tidak tahu berkenaan LAD, boleh baca dibawah

LAD : Liquidated and Ascertained Damages

LAD bermaksud satu denda/ganti rugi yang dikenakan kepada kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Di antara kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang boleh dikenakan tindakan LAD adalah seperti berikut:

a)Kelewatan menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan; dan
b)Kelewatan membekal/gagal membekal atau mutu barang yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi dalam kontrak.

Contoh Pengiraan LAD

(JUMLAH HARGA RUMAH SEPERTI DI S&P X 10% ) / 365 = y (nilai LAD untuk sehari)
LAD = y X bilangan hari lewat dari sepatutnya

Jika korg slh satu pembeli Residensi Desa SatuMas dan masih lg belum join group komuniti apartment ni, korang boleh join group FB dibawah

https://www.facebook.com/groups/173427989926380/permalink/921573485111823/

Sekian, Pos ni akan disambung....

Ps : gambar di ambil oleh pembeli dari group desa satumas

Sunday, 29 August 2021

BELI EMAS DI PGJEWEL (PGMALL)

Salam merdeka korang..

Kehidupan waktu PKP ni memang sangat2 mencabar minda dan juga fizikal kita, ada yang kehilangan pekerjaan, kereta kena tarik, makan pon kais pagi makan pagi. Tapi ada juga yang masih bekerja seperti biasa contohnya front liner kita. Percayalah dorang memang dahletih dan penat dengan penyakit Covid ni, xckup masa nak rehat, kurangya masa dengan keluarga membuatkan diri masing2 jadi stress.

Saya harini bukan nak cerita pasal covid, tapi nak kenalkan korang dengan kedai emas PGJewel di dalam PGmall. Ya korang, kedai emas, mahupon barang kemas, bar emas dan juga dinar emas ada dijual dalam platform PGmall.

Apa yang menariknya kedai emas di dalam PGJewel ni? macam entry saya sebelum ni, saya ada bgtau tentang pembelian ansuran 6 bulan, untuk yang xberkemampuan untuk membeli emas secara tunai (bayaran habis), korang boleh juga membayar secara ansuran. Emas akan d pos oleh pihak PGjewel kepada korang setelah bayaran ansuran/tunai korang selesai. Jangan risau setiap barang kemas di dalam platform PGmall ni dilindungi oleh insuran jika ada kehilangan ataupon kerosakan.

Selain PGJewel, korang juga boleh melihat emas2 lain di page PG Gold Museum, Tai Fook dan juga Aurora Italia. Emas 916 & 999


S
aya berminat, apa langkah saya perlu lakukan sekarang?

Daftar secara online di website PGMALL.

  1. Daftar dengan menekan DAFTAR AKAUN PGMALL
  2. Sahkan pendaftaran anda di email / SMS.
  3. Install aplikasi PG Mall dan login guna kata laluan anda tetapkan.
  4. Cari merchant PG Jewel di bahagian search.
  5. Pilih emas dan masukkan kod kupon diskaun semasa nak checkout buat payment.

Ia juga dilindungi oleh insuran sehingga RM5,000 untuk satu parcel.

Tunggu apa lagi, shopping la sekarang!

Happy Shopping!!


APA ITU PGMALL?

Saya yakin ramai yang xtahu apa itu PGMall

PG Mall adalah 1st LOCAL E-COMMERCE PLATFORM (online shopping platform) yang berkonsepkan consumermerchant. Ada 'added value' disini, dimana pembeli dan penjual akan nikmati insentif (additional income) dari pihak PG Mall.

Hanya muat turun Apps PGMall dari Google Play dan Apps Store ke Smartphone anda. Berbelanja secara online ini dapatkan jimatkan duit minyak/tol dan jimatkan masa.
Alah senang cerita dia macam Shopee,Lazada, tapi lebih hebat dari dua platform e commerce tuh sebab korang boleh menikmati insentif bila korang ajak kawan2 korang membeli di PGMall menggunakan referral link korang.

Yang paling best dalam PGmall ni korang boleh beli barang kemas yang sama ada cash (bayar penuh lump sum) ataupon secara ansuran (6bulan), harga emas dia pon boleh tahan murah, sesuai untuk korang bajet rendah. Saya pon selalu juga membeli charm/beads pandora di PGmall sebab sesuai dengan bajet saya.

Bagi 1st time SHOPPER, DAFTAR PERCUMA di PG Mall sebelum buat belian dan nak dapatkan referral link sendiri.

👇Klik link ini

Selepas daftar, dapatkan link referral korang di bahagian Profile dan jangan lupa share kepada kawan2 korang tau, bila dorang buka akaun/membeli di PGmall, korang akan dpt insentive dari PGmall.

Senang kan buat duit? Share sahaja..

Jangan lupa dapatkan offer sempena Merdeka Sale!!



Saya berminat, apa langkah saya perlu lakukan sekarang?

Daftar secara online di website PGMALL.

  1. Daftar dengan menekan DAFTAR AKAUN PGMALL
  2. Sahkan pendaftaran anda di email / SMS.
  3. Install aplikasi PG Mall dan login guna kata laluan anda tetapkan.
  4. Cari merchant PG Jewel di bahagian search.
  5. Pilih emas dan masukkan kod kupon diskaun semasa nak checkout buat payment.

Ia juga dilindungi oleh insuran sehingga RM5,000 untuk satu parcel.

Tunggu apa lagi, shopping la sekarang!

Happy Shopping!!

Monday, 17 February 2020

DROPSHIP & TUPPERWARE


Assalamualaikum u alls!, setahun blog ni mengumpul sarang, hakak sengaja biarkan sebab malas nak menulis. Tahun 2019 adalah tahun yang betul2 mencabar , 3 kali tukar kerja, 4 bulan menggangur. Dalam2 tanam anggur selama 4 bulan tuh, hakak ada bnyak hutang yg nk kne selesaikan. Al maklumlah komitmen bulanan kena langsaikan, tapi mcmne hakak nak langsaikan klu hakak xbekerja kan?

Suatu hari, terbuka hati nak buat dropship barang2 dapur, mcm kuali, tray, pinggan mangkuk dan mcm2 lagi, so hakak pon, surveylah dalam facebook, untuk jadi agen dropship. Untuk sesiapa yg xtau agen dropship tuh apa, meh hakak terangkan. Agen dropship maksudnya, u alls just promote brg, anda xpegang brg dan anda xperlu keluar nak pos. Just promote. If ada customer berminat, dia bank in pada anda duit, then just inform pada agen atasan anda untuk pos barang.

Antara barangan dapur yg sy jual
Periuk Siti Nurhaliza


Mangkuk tingkat murah


Contoh: 
Harga barang yg anda jual harga RM100
Bayar pada agen hanya RM80
Anda untung RM20

Itu baru 1 brg anda untung RM20, cuba bayangkan anda dpt 5 customer, RM20 x 5 dah untung RM100.
Berbalik pada cerita dropship td, hakak dah jumpa org untuk hakak join dropship, just bayar pendaftran RM50, then dah boleh promote brg2. Dalam masa yang sama, org tuh ajak hakak join untuk jadi ahli Tupperware. Katanya lg untung jual Tupperware memandangkan hakak memang ada niat nak meniaga.

So hakak pon agree untuk join sebagai ahli, bayar lg another RM74 ambil pakej yang paling murah, dpt 3 biji free Tupperware dan 1 beg Tupperware.


hakak join pakej ahli yang paling murah
Antara pakej lain - PAkej Turbo Plus Pack

Pakej Treasure box
Alhamdullillah, selama 7 bulan hakak join ahli Tupperware ni, hakak mampu bayar bil elektrik, air, dan juga kereta. Tapi hakak sekarang dh berkerja, so hakak teruskan juga meniaga Tupperware secara part time, bila dpt untung hakak buat belanja, joli2, ajak husband hakak dating, tgok wayang.
Bila dah jadi ahli, u alls akan dpt 25% diskaun setiap produk.

Contoh
Harga barang di catalog harga RM100
Anda beli di stokis hanya RM75
Anda jual pada customer ikot harga catalog RM100
Anda untung RM25

Bestnya bila meniaga Tupperware ni, bukan saje u alls akan dapat untung runcit, u alls juga akan dpt commission dari Tupperware setiap bulan.

Maksud untung runcit – yang anda jual direct pada customer, untung dari situ u alls akan dpt
Maksud Commision – Downline anda beli produk Tupperware di stokis, anda akan dpt commission.
Maksud downline – u alls cari org untuk jadi ahli. Dalam Bahasa lain, we alls panggil “recruit”

Bila u alls ada niat nak meniaga secara full time, hasil meniaga akan bertambah bnyak.  Makin bnyak customer beli dengan anda, makin bnyk hasil runcit anda, makin ramai u alls recruit, makin bnyak la commission yg anda akan dpt.



Selama 7 bulan ni juga, hakak dah recruit 10 org ahli baru. Dan hakak pon dah merasa commission dari Tupperware. Sangat2 seronok. Dan yang paling hakak suka bila join jd ahli Tupperware, hakak dpt bnyak Tupperware free. Downline hakak pon mcm tuh, dari yg baru join smpailah yg dh lama join, masing2 sukakan Tupperware percuma. Banyak benefit yang akan dapat dan salah satunya mcm yang hakak baru mention td.

So smpai sini je hakak berceloteh, yang berminat untuk jadi ahli Tupperware boleh tekan link kat bawah ataupon yg nak tgok produk sila ke Fb page hakak ye.







Terima kasih sebab sudi singgah ke blog hakak.
Much love!! eyfa

Tuesday, 4 December 2018

LANGKAWI 2018

Kalau cerita pasal langkawi, kebanyakkanya semua pernah pergi langkawi..Ini kali ke3, eyfa ke langkawi dan ini adalah tahun kedua berturut2 eyfa datang sini. Tak pernah jemu pon kalau datang bercuti ke langkawi ni, sebab apa? sebab ada coklat, ada barang dapur yang eyfa boleh shopping and yang paling eyfa suka, pantai2 yang ada di langkawi ni.

Untuk tahun 2018 nih, eyfa bercuti bersama husband, mertua dan sepupu and kawan seorang. Disebabkan hubungan kitorang rapat, kitorang datang bercuti sekali.

Kitorang stay di Penarak Bamboo beach Motel di Kuah, eyfa xsuka tempat yang bising (jalanraya) and ramai orang. So motel ni adalah yang terbaek yang pernah eyfa check in. pada tahun 2017 pon eyfa check in kat motel ni.heheheh.. Kepada peminat kolam renang, jangan risau, motel ni ada kolam renang untuk anda swim sampai lebam.

Gambar ni time last day nak balik ke KL

Buaian untuk relax2 and swiming pool di belakang

Day 1

Sampai dalam pukul 11 pagi dekat airport langkawi terus ambik kereta sewa, then pergi makam Mahsuri. Entrance Fee xingat berapa(hehheh). Penat berjalan dalam makam mahsuri, kitorang p makan laksa ikan sekoq tepi airport. Dah kenyangkan perot, kitorang check in kat motel rehat2 dan petang kitorang ke pantai cenang dan jalan2 kat uptown cenang.

Entrance Makan Mahsuri

Telaga Mahsuri
Orang kata kalau sapu air di muka, insy nanti awet muda..
Eh korang ni..😛😛

Mana laki ceq?

Bawak mak abah jengjalan 
ha ni pantai sebelah airport, sambil2 makan laksa ikan sekoq, hangpa lehla selfie wefie kat sini, laut dia cantik weh!
Makan Laksa Ikan Sekoq ngan cendol


Kalini baru jumpan Pantai Cenang, sebelom ni datang xjumpa pon, hahahah
rupe2nya, kena masok celah2 kedai untuk ke pantai cenang nih..adoooi🙈🙈


Day 2


Bangun awal pagi pergi breakfirst and cepat2 ke Langkawi Cable Car untuk beli tiket, sebab kalau dtg lambat, lagi lambatlah naik cable car. Sesampai je sana, tgok ramai orang dah beratur untuk dapatkan tiket, baru pkol 9.30pagi, dah beratur sampai ke kedai..harga tiket leh check laman web nih CABLE CAR LANGKLAWI. Kebanyakkan tiket semuanya berpackage, so u alls bolehla pilih mana yang u alls suka.

Cuaca pada hari tuh nasib baik ok, bila dah smpai atas, mendung je, berangin sangat sampai terbanglah topi tuh, fon pon boleh melayang bila ambik gambar, cable car pon kalau berangin sangat, dia akan berhenti bergerak, so terhuyung hayanglah korang kat tgh2 tuh..hihhh..bayangkanlah cemana yek?


Beratur menunggu masa untuk naik cable car
Kena pakai wrist band

Dalam cable car, boleh muat 6 orang
View dari atas..cantik sangat..
Abg single lagi, hehhhhe
No Caption
Happy!


Tips untuk u alls yang xpernah pergi cable car langkawi...


Dekat sana, staff2 dorang akan offer untuk tangkap gambar u alls and family, and dia akan ckp, belilah kak, kami offer RM10/RM20/RM50 je untuk gambar ni, magnet tuh, snowball nih..dari u alls kat bawah yang belom naik cable car sampai u alls dah sampai kat atas akan ada staff2 nak tangkap gambar u alls tanpa henti.

kalau mampu u alls beli jelah kan, lagi pon untuk kenangan u alls jgk. So macam mana pulak untuk u alls yang bajet ngam2 je, tujuan ke sana nak tgok view je, tak expect pon nak beli tuh nak beli nih..u alls boleh negotiate harga dengan dorang, dorang friendly, dont worry (sebab eyfa dah try buat, yg harga RM25, dia bg RM10. ahhhahha😂😂)

Sebelah petang, kitorang ke Pantai Tanjung Rhu, dulu pergi air jernih siap boleh mandi, kalini datang, allahuakbar air dia macam air teh tarik, pekat!xjadilah nak mandi..dapat tangkap gambar ambik angin pantai je..

Sayang je, pantai cantik, tapi xleh mandi


Terlebih happy nih!
Day 3

Hari ke tiga adalah hari yang paling memenatkan tapi menyeronokkan..Ini kali kedua eyfa pergi Island Hopping and eyfa harap sangat ini adalah kali terakhir eyfa buat aktiviti nih, sebab ambik masa 4 jam untuk habis, penat sangat. Island Hopping (Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar & Pulau Dayang Bunting) eyfa ambik dengan motel Penarak Bamboo, bayaran hanya RM45 seorang, pickup di motel,hantar ke jeti & pusing2 pulau.

Beratur nak naik boat
Dapat duduk depan, melambung bila kena ombak,hahaha..


Terlebih seronok
Terlebih gula

Feeling Gojes
Air Jernih
Tips untuk yang xpernah datang ke Pulau Beras Basah

Yang mana bawak makanan tuh, nak diingat2kan supaya letaklah dalam bagpack. Jangan pulak letak dalam plastik. Sebab apa?sebab monyet banyaaaaaaaak sangat kat pulau tuh, pantang nampak plastik, 1 geng monyet berlari kat u alls nanti, hahaahah..Nak selamat, letaklah makanan tuh dalam bakpack atau u alls boleh je berlari masuk laut macam nampak hantu (tuhla terjadi pada sepupu eyfa bila dia cuba nak makan roti, lintang pukang lari sambil menjerit macam orang gila masuk laut bila kena kejar dengan monyet). jangan ingat monyet tuh blah bila u alls dah masuk laut ye, dia akan tunggu u alls keluar dari laut tuh untuk dapatkan apa yang dia nak..hhahaahahhh..OMG, kelakar btol waktu tuh!


Pulau Singa Besar 
Tengok Burung helang jep
Untuk ke Pulau Dayang Bunting, u alls kena mendaki bukit/tangga dan mengambil masa lebih kurang 15minit untuk sampai ke situ. Inilah sebab yang eyfa cakap awal2 tadi yang eyfa harap inilah kali terakhir eyfa kesini sebab eyfa betul2 xlarat nak mendaki bukit dan tangga tuh. Tapi bila dah sampai legalah sikit boleh rehat bagai. Macam2 aktiviti yang ada dekat Pulau Dayang Bunting nih, boleh berkayak, boleh mandi manda, boleh rendam kaki dan sebagainya dan u alls wajib pakai life jacket!


My Favorite activity is Kayak, but dah penat, tgok jelah..
Aktiviti Island Hopping habis dalam pukul 1, kitorang balik ke motel untuk rehat, belah petang kitorang sambung aktiviti untuk shopping sampai kemalam!


Singgah di Dataran Helang
Selfie ngan husband pulakk
Esok nak balik dah

Kalini borong coklat dalam RM300 je, xmacam tahun lepas,habis RM800 untuk coklat
Tahun lepas beli banyak2 bagi orang, kalini beli untuk makan sendiri je..
Beli set cawan, murah sangat!
Banyak sangat membeli, time to pack!
Untuk yg suka membeli belah macam kitorang, i nasihatkan u alls beli bagage airport 30kg ke atas, waktu ni kitorang beli 20kg pon xckup smpaikan beli lagi kat airport (bayangkanlah betapa mahalnya bagage fees kat aiport)
Sekian!