FAv SoNg

Friday, 22 October 2021

RESIDENSI DESA SATUMAS - MAJLIS PENYERAHAN KUNCI (PART 4)

Majlis penyerahan kunci yang berlangsung pada 22/10/2021 (Jumaat) pukul 3petang di tempat parking kereta Residensi Desa Satumas telah pon selamat diadakan.

Ketika ni, saya menolak jemputan dari pemaju kerana ianya hanya publisiti, yg dapat hanya kunci tipu2, kita2 sebagai pembeli ni masih menunggu bilakah kunci sebenar akan dpt daripada pemaju.

Saya yang bayar booking deposit pada tahun 2017, sehingga kini masih belum dpt kunci rumah, jika dikira dah melebihi 36bulan dari tarikh bayar booking. Apabila diselidik dah difahamkan betul2, saya layak utk memohon LAD. 

Jika ada diantara korang yang tidak tahu berkenaan LAD, boleh baca dibawah

LAD : Liquidated and Ascertained Damages

LAD bermaksud satu denda/ganti rugi yang dikenakan kepada kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi sesuatu obligasi kontrak yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Di antara kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang boleh dikenakan tindakan LAD adalah seperti berikut:

a)Kelewatan menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan; dan
b)Kelewatan membekal/gagal membekal atau mutu barang yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi dalam kontrak.

Contoh Pengiraan LAD

(JUMLAH HARGA RUMAH SEPERTI DI S&P X 10% ) / 365 = y (nilai LAD untuk sehari)
LAD = y X bilangan hari lewat dari sepatutnya

Jika korg slh satu pembeli Residensi Desa SatuMas dan masih lg belum join group komuniti apartment ni, korang boleh join group FB dibawah

https://www.facebook.com/groups/173427989926380/permalink/921573485111823/

Sekian, Pos ni akan disambung....

Ps : gambar di ambil oleh pembeli dari group desa satumas

No comments:

Post a Comment