FAv SoNg

Tuesday, 3 July 2018

LEPAKING @ JALAN GOMBAK

Assalamualaikum, semalam malas nak masak, so ajak husband makan luar and here we eat our dinner! Lepaking at Jalan Gombak. Macam2 makanan ada dari masakan panas hingga ke western, desert pon ada dijual kat sini. Waktu operasi Lepaking Isnin - Ahad dari pukul 5 petang hingga 3 pagi. Waktu ni kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang, so xramai lagi waktu nih.





Kat sini kalau nak makan kena oder di cashier, buat bayaran and kena bagi no meja. Dorang akan hantar makanan selepas kita buat bayaran sahaja. Harga? Anda boleh nilai sendiri dengan merasa makanan2 yang anda order.😜

Chicken Grill RM13
Supreme Burger RM18 - ambik masa dalam 10-15 minit untuk dia siapkan burger ni. Hakak dah habis makan chicken Grill baru husband dapat makan Burger nih, tapi nasib baik burger sedap!







AROMA IKAN BAKAR @ PANTAI REMIS

Trip eyfa and husband ke pantai remis adalah tidak dirancang. kitorang sebenarnya nak ke ke tanjung karang tapi disebabkan sesat and eyfa mengalami "Panic Attack" smpai menggigil tgok kawasan klang yang ada hanya lori and kren + jalan agak lengang and menakutkan (mcm tempat nak seludup orang), husband terus cancel and bertukar arah ke pantai remis.



Habis berselfie,kitorang ke Aroma Ikan Bakar yang femes pemes. Katanya makan an sedap and harga murah, kitorang pon nak jugak cuba. Mula2 check kat counter whether ada meja kosong lagi ke tak, then dorang akan suruh kita pilih meja.

View depan restoran Aroma Ikan Bakar

Kalau nak bakar2 kene pilih ikan sendiri and order lah nak masak merah/3 rasa atau lain2.




Sementara menunggu makanan sampai, kitorang sambung selfie lagi belakang restaurant.



Makanan dah smpai!





CARCOSA SERI NEGARA

Carcosa Seri Negara is a luxury hotel on two adjacent hills inside the Lake Gardens, Kuala Lumpur. It is owned by the Malaysian Government.

Ramadhan yang lepas, company ada buat jamuan berbuka puasa di Carcosa Seri Negara, Persiaran Tunku Jaafar, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Nih 1st time kitorang kesana, kawasan dia a bit menakutkan, sebab dikelilingi dengan pokok2 yang scary.

Welcome to Carcosa Seri Negara


Our seat in Drawing Room




Everyday Brush Industries (M) Sdn Bhd & Clean Living Marketing Sdn Bhd Staff
Peneman buka puasa

Jemput datang berbuka puasa disini RM79 per pax (year of 2018)



Monday, 2 July 2018

PANTAI KANDIS @ TOK BALI

Assalamualaikum, raya tahun ni xberaya sangat, orang beraya kita bekerja, lepas raya baru dapat balik kampung, tuh pun orang lain dah habis beraya. Kita balik ke kampung semata2 nak bercuti je. balik kampung 4hari 3mlm, hari2 ke Pantai Kandis kat Tok Bali.

Hari Pertama sampai, terus pergi dengan adik2 sepupu, hari kedua baru berpicnic dengan family. Masing2 sibok dengan bergosip update cerita2 terkini mengalahkan melodi, ada yang dah kedalam laut, ada mengenyangkan perot. Dalam2 seronok bergembira, benda yang xdisangka terjadi (jangan sangka laut yang tenang xde buaya)! Tapi xdelah buaya yang muncul, heheheh. Adik sepupu dua orang kena sengat dengat obor2. Kelam kabut semua naik ke darat. Selang 10 minit pengunjung yang lain pon kena benda yang sama. Bila ke klinik doktor pon mmg cakap sekarang memang musim obor2. 

Day 1

Hakak pon nak jugak interframe
Melayan Kerenah adik2

Saranghae!

Day 2





Konon Ombak Rindu..
Ayam Bakar



Sekian...



GURNEY MALL @ RESIDENSI UTMKL

Assalamualaikum,

Ahad lepas eyfa and husband ada ke Gurney Mall @ Residensi UTMKL di Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, KL. Mall ni xramai orang sebab bangunan dia yang tersorok kedalam and mall ni bersambung dengan Residensi UTM.

Gambar depan (dari google)



Time eyfa ke Mall ni banyak kedai xbukak lagi, mungkin sebab dorang still raya mood lagi. Restaurant yang ada kat Mall ni antaranya ialah Burger King, Richiamo Coffee, Oldtown White Coffee hot & Roll and lain2. 

The Regency Scholar Hotel
Kini dibuka! If u alls ada buat kenduri di dewan2 UTM, korang boleh sewa di hotel ni, untuk family berkumpul sambil2 menunggu nak berarak ke dewan. Macam eyfa kawin dulu, family eyfa  berkumpul kat Scholar Inn UTM. For other business also can stay in Regency Scholar Hotel.

Elite Bowl
Sebab kitorang kesini nak survey harga main bowling. Bowling berada di tingkat 6. Harga untuk student,staff UTM dan Orang luar adalah berbeza (beza 2 3 ringgit je). Untuk orang luar 1 game + sewa kasut RM11 kalau xsilap. Untuk staff UTM and student mestilah lebih murah dari rate orang luar. Lane ada 10 sahaja. Time kitorang pergi, sume lane kosong xde player. Orang lain sebuk beraya, kita je kesini.hehhehe.

Swimming Pool
Lepas survey harga bowling, kitorang naik ke tingkat 7, nak tgok pool. Kat residensi UTMKL ni, xperlu bayar,FOC je tapi All On Your Own Risk. No LIFEGUARD is Provided. Pool bukak dari pukul 7 pagi sehingga 8 mlm setiap hari. Mesti pakai Swimsuit kalau nak mandi pool ye. Tempat mandi/salinan pon disediakan. Dah guna pandai2 bersihkan.😝

Swimming Pool

Playground

View KLCC