FAv SoNg

Tuesday, 4 December 2018

LANGKAWI 2018

Kalau cerita pasal langkawi, kebanyakkanya semua pernah pergi langkawi..Ini kali ke3, eyfa ke langkawi dan ini adalah tahun kedua berturut2 eyfa datang sini. Tak pernah jemu pon kalau datang bercuti ke langkawi ni, sebab apa? sebab ada coklat, ada barang dapur yang eyfa boleh shopping and yang paling eyfa suka, pantai2 yang ada di langkawi ni.

Untuk tahun 2018 nih, eyfa bercuti bersama husband, mertua dan sepupu and kawan seorang. Disebabkan hubungan kitorang rapat, kitorang datang bercuti sekali.

Kitorang stay di Penarak Bamboo beach Motel di Kuah, eyfa xsuka tempat yang bising (jalanraya) and ramai orang. So motel ni adalah yang terbaek yang pernah eyfa check in. pada tahun 2017 pon eyfa check in kat motel ni.heheheh.. Kepada peminat kolam renang, jangan risau, motel ni ada kolam renang untuk anda swim sampai lebam.

Gambar ni time last day nak balik ke KL

Buaian untuk relax2 and swiming pool di belakang

Day 1

Sampai dalam pukul 11 pagi dekat airport langkawi terus ambik kereta sewa, then pergi makam Mahsuri. Entrance Fee xingat berapa(hehheh). Penat berjalan dalam makam mahsuri, kitorang p makan laksa ikan sekoq tepi airport. Dah kenyangkan perot, kitorang check in kat motel rehat2 dan petang kitorang ke pantai cenang dan jalan2 kat uptown cenang.

Entrance Makan Mahsuri

Telaga Mahsuri
Orang kata kalau sapu air di muka, insy nanti awet muda..
Eh korang ni..😛😛

Mana laki ceq?

Bawak mak abah jengjalan 
ha ni pantai sebelah airport, sambil2 makan laksa ikan sekoq, hangpa lehla selfie wefie kat sini, laut dia cantik weh!
Makan Laksa Ikan Sekoq ngan cendol


Kalini baru jumpan Pantai Cenang, sebelom ni datang xjumpa pon, hahahah
rupe2nya, kena masok celah2 kedai untuk ke pantai cenang nih..adoooi🙈🙈


Day 2


Bangun awal pagi pergi breakfirst and cepat2 ke Langkawi Cable Car untuk beli tiket, sebab kalau dtg lambat, lagi lambatlah naik cable car. Sesampai je sana, tgok ramai orang dah beratur untuk dapatkan tiket, baru pkol 9.30pagi, dah beratur sampai ke kedai..harga tiket leh check laman web nih CABLE CAR LANGKLAWI. Kebanyakkan tiket semuanya berpackage, so u alls bolehla pilih mana yang u alls suka.

Cuaca pada hari tuh nasib baik ok, bila dah smpai atas, mendung je, berangin sangat sampai terbanglah topi tuh, fon pon boleh melayang bila ambik gambar, cable car pon kalau berangin sangat, dia akan berhenti bergerak, so terhuyung hayanglah korang kat tgh2 tuh..hihhh..bayangkanlah cemana yek?


Beratur menunggu masa untuk naik cable car
Kena pakai wrist band

Dalam cable car, boleh muat 6 orang
View dari atas..cantik sangat..
Abg single lagi, hehhhhe
No Caption
Happy!


Tips untuk u alls yang xpernah pergi cable car langkawi...


Dekat sana, staff2 dorang akan offer untuk tangkap gambar u alls and family, and dia akan ckp, belilah kak, kami offer RM10/RM20/RM50 je untuk gambar ni, magnet tuh, snowball nih..dari u alls kat bawah yang belom naik cable car sampai u alls dah sampai kat atas akan ada staff2 nak tangkap gambar u alls tanpa henti.

kalau mampu u alls beli jelah kan, lagi pon untuk kenangan u alls jgk. So macam mana pulak untuk u alls yang bajet ngam2 je, tujuan ke sana nak tgok view je, tak expect pon nak beli tuh nak beli nih..u alls boleh negotiate harga dengan dorang, dorang friendly, dont worry (sebab eyfa dah try buat, yg harga RM25, dia bg RM10. ahhhahha😂😂)

Sebelah petang, kitorang ke Pantai Tanjung Rhu, dulu pergi air jernih siap boleh mandi, kalini datang, allahuakbar air dia macam air teh tarik, pekat!xjadilah nak mandi..dapat tangkap gambar ambik angin pantai je..

Sayang je, pantai cantik, tapi xleh mandi


Terlebih happy nih!
Day 3

Hari ke tiga adalah hari yang paling memenatkan tapi menyeronokkan..Ini kali kedua eyfa pergi Island Hopping and eyfa harap sangat ini adalah kali terakhir eyfa buat aktiviti nih, sebab ambik masa 4 jam untuk habis, penat sangat. Island Hopping (Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar & Pulau Dayang Bunting) eyfa ambik dengan motel Penarak Bamboo, bayaran hanya RM45 seorang, pickup di motel,hantar ke jeti & pusing2 pulau.

Beratur nak naik boat
Dapat duduk depan, melambung bila kena ombak,hahaha..


Terlebih seronok
Terlebih gula

Feeling Gojes
Air Jernih
Tips untuk yang xpernah datang ke Pulau Beras Basah

Yang mana bawak makanan tuh, nak diingat2kan supaya letaklah dalam bagpack. Jangan pulak letak dalam plastik. Sebab apa?sebab monyet banyaaaaaaaak sangat kat pulau tuh, pantang nampak plastik, 1 geng monyet berlari kat u alls nanti, hahaahah..Nak selamat, letaklah makanan tuh dalam bakpack atau u alls boleh je berlari masuk laut macam nampak hantu (tuhla terjadi pada sepupu eyfa bila dia cuba nak makan roti, lintang pukang lari sambil menjerit macam orang gila masuk laut bila kena kejar dengan monyet). jangan ingat monyet tuh blah bila u alls dah masuk laut ye, dia akan tunggu u alls keluar dari laut tuh untuk dapatkan apa yang dia nak..hhahaahahhh..OMG, kelakar btol waktu tuh!


Pulau Singa Besar 
Tengok Burung helang jep
Untuk ke Pulau Dayang Bunting, u alls kena mendaki bukit/tangga dan mengambil masa lebih kurang 15minit untuk sampai ke situ. Inilah sebab yang eyfa cakap awal2 tadi yang eyfa harap inilah kali terakhir eyfa kesini sebab eyfa betul2 xlarat nak mendaki bukit dan tangga tuh. Tapi bila dah sampai legalah sikit boleh rehat bagai. Macam2 aktiviti yang ada dekat Pulau Dayang Bunting nih, boleh berkayak, boleh mandi manda, boleh rendam kaki dan sebagainya dan u alls wajib pakai life jacket!


My Favorite activity is Kayak, but dah penat, tgok jelah..
Aktiviti Island Hopping habis dalam pukul 1, kitorang balik ke motel untuk rehat, belah petang kitorang sambung aktiviti untuk shopping sampai kemalam!


Singgah di Dataran Helang
Selfie ngan husband pulakk
Esok nak balik dah

Kalini borong coklat dalam RM300 je, xmacam tahun lepas,habis RM800 untuk coklat
Tahun lepas beli banyak2 bagi orang, kalini beli untuk makan sendiri je..
Beli set cawan, murah sangat!
Banyak sangat membeli, time to pack!
Untuk yg suka membeli belah macam kitorang, i nasihatkan u alls beli bagage airport 30kg ke atas, waktu ni kitorang beli 20kg pon xckup smpaikan beli lagi kat airport (bayangkanlah betapa mahalnya bagage fees kat aiport)
Sekian!



Friday, 30 November 2018

RESIDENSI DESA SATUMAS (PART 3)

Assalamualaikum u alls,

Residensi Desa SatuMas (Part 1)
Residensi Desa SatuMas (Part 2)

Hakak nak update kisah Residensi Desa SatuMas yang hakak and husband tunggu dari tahun Nov 2017. Sehingga harini, kitorang xdpt lagi document SNP dari pihak lawyer and macam2 cerita dah kitorang dengar untuk project nih. Hakak bukan nak memburuk burukkan pemaju project nih, tapi hakak sakit hati dengan document SNP xdapat and baru2 ni project pembinaan untuk Residensi Desa SatuMas ni dihentikan. Tambah lagi dengar dari buyer2 lain mengatakan project ni akan delay lagi satu tahun yang sepatutnya siap tahun 2020 bertukar ke tahun 2021. Cuba anda letak diri anda di tempat saya!

Notis dari DBKL



cuba bayangkan dari Nov,2017 hingga harini Dec,2018 , xnaik2
Bila call pemaju, hakak xdapat jawapan yang memuaskan membuatkan hakak bertambah2 kecewa dengan pihak pemaju. Hakak dahla first time beli rumah, xsangka boleh jadi macam ni, duit deposit dah bayar berpuluh ribu and mcm ni pulak jadinya..

Hakak harap pihak pemaju & DBKL settlekan isu ni secepat mungkin.

Will be continue...



Tuesday, 3 July 2018

LEPAKING @ JALAN GOMBAK

Assalamualaikum, semalam malas nak masak, so ajak husband makan luar and here we eat our dinner! Lepaking at Jalan Gombak. Macam2 makanan ada dari masakan panas hingga ke western, desert pon ada dijual kat sini. Waktu operasi Lepaking Isnin - Ahad dari pukul 5 petang hingga 3 pagi. Waktu ni kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang, so xramai lagi waktu nih.





Kat sini kalau nak makan kena oder di cashier, buat bayaran and kena bagi no meja. Dorang akan hantar makanan selepas kita buat bayaran sahaja. Harga? Anda boleh nilai sendiri dengan merasa makanan2 yang anda order.😜

Chicken Grill RM13
Supreme Burger RM18 - ambik masa dalam 10-15 minit untuk dia siapkan burger ni. Hakak dah habis makan chicken Grill baru husband dapat makan Burger nih, tapi nasib baik burger sedap!