FAv SoNg

Monday, 18 September 2017

DONUT PANAS VIRAL (GOMBAK)

Semalam cuti settlekan hal2 rumah, dengan peluang yang ada eyfa ajak husband pergi beli Donut Panas Viral kat gombak, dengar kata donut dia besar & gebu gebas! tambah2 lagi dengan ramai orang beratur panjang semata2 nak makan Donut Panas nih. Mestilah kena try!😍

Ada 3 jenis donut iaitu donut gula (biasa), donut caramel & donut chocolate, best seller dia mestilah yang caramel & chocolate,sangat2 sedap. Semalam hujan, memang sesuailah makan panas2 ni kan? yang beratur sampai kena hujan pon ada semata2 nak beli donut nih. Ambik masa selama 30 minit jugakla untuk membeli, husband stay dalam kereta je, sebab dari jauh memang dia dah nampak beratur panjang, memang xlah dia nak merelakan diri pergi beratur. Donut dia dah sejuk pon still lembut, Mama Like!👍

Dengar kata limit 10 pcs sahaja seorang untuk beli (tapi xtaulah betol ke x).

Harga donut RM1.50 per psc
Lokasi Jalan Gombak, berhampiran dengan Masjid Al -Syakirin
Waktu Operasi 12tengahri-4petang (Isnin-Sabtu)
Ahad cutilaaaa...

Gambar Pinjam



Thursday, 14 September 2017

RESIDENSI DESA SATUMAS

Hello!Good Morning!

Sejak dah kahwin nih, memang dah xpandang dah nak memblog memblog nih! Tetibe harini jari jemari rajin pulak menulis blog walaupon hampir setahun ditiggalkan.

So harini nak cerita pasal nak membeli rumah,al maklum umur makin meningkat nih, kena lah beli rumah,daripada membayar sewa kat owner, dia dah tentu kaya, kita ni pulak makin lama makin kayap. So inilah pengalaman yang nak dikongsikan kepada kengkorang, baru baru ni eyfa ada apply rumah under RUMAWIP . Rumah mampu milik. Eyfa apply 3 jenis apartment under RUMAWIP.

Residensi Desa SatuMas (Desa Waterpark)
RM230,000.00

Skyawani II (Mukim Batu)
RM300,000.00

SkyAwani III (Desa Rejang)
RM300,000.00










































Lepas Eyfa submit document kat DBKL, 3 hari lepas tu terus dapat call dari pemaju. Pemaju untuk rumah Desa SatuMas. Dorang minta bayaran macam kat bawah nih :

Booking Fee (book unit) - 15K
Cabut Undi balance - 8K
Total 23K (10% dari harga rumah)

Sekarang ni ngah prepare duit booking 15k! (mana nak cekau?)huh..

Nak seribu daya, xnak seribu dalih, nak xnk p crik sebab harga rumah tersangat lah murah, MAMPU MILIK! Bayaran bulanan dalam RM1000 dekat dalam kawasan KL.

Untuk pengetahuan kengkorang rumah Desa SatuMas Harga Rm230,000.00 sebesar 850sqt. 3 bilik tidur & 2 bilik air.

Will be continue..
__________________________________________________________

Okeyh! semalam baru je bayar Booking 15K pada pemaju GARUDA SEARAH SDN BHD (ASET KAYAMAS) dekat Jalan Klang lama, if kengkorang nak tengok projek2 lain boleh klik sini Aset Kayamas (Affordable Homes)

Abg Demook excited dengan rumah tuh!
Residensi Desa Satu Mas ada 7 blok kesemuanya!

Lepas pemaju launch 9 September 2017 lepas, unit masih banyak lagi kosong untuk block A, B & C. So sesiapa yang berminat, boleh lagi apply. Untuk block D, E,F & G pemaju akan bukak bile block A, B & C habis dijual. 

FYI -  Block A, B & C tuh lg best sebab boleh nampak view KL. Kalau block yang selebihnya tuh dpt tgok block2 sesama sendiri & view highway. Hehehe, so sapa cepat dia dapatlah.

Nanti kita sambung time cabut undi nanti k!😜