FAv SoNg

Friday, 9 September 2016

85 Days to Go!!

Assalamualaikum,

Salam raya haji buat semua umat islam. Yang mana nak balik raya 2 molek2 lah bawok kereto deh, biar lambat asalkan selamat sampai ke kg halaman.

Kurang 4 bulan je lagi, masih ada lagi yang pending xsiap2. hahahaha. Time2 nilah kena semak balik Checklist. Yang mana dah siap kasi tick, yang mana belom, pergi buat or follow up sampai siap. Kalau boleh nak semua berjalan dengan lancar.

Harini eyfa nak ke Jalan Tar & sogo. Nak carik sampin, songkok, tudung, kasut sanding & cadar pengantin. Alang2 sogo tengah ada sale 2, harap adelah yang berkenan dengan hati nih. Eh sekarang Sogo pon ada counter ChristyNg tau? Heaven of Bride Shoes! Rugi xp singgah..hahaah.. Untuk kengkorang yang xpernah dengar or memang mencarik kasut pengantin, rajin2 kan diri google kasut ChristyNg tuh. Rambang mata weh! Nak design sendiri pon boleh. Harga untuk design sendiri ni start dari RM400. Kalau dah ready made starting price dari RM120. Nak lagi gempak lagi $$$ lah ye.

Bye!


10/09/2016 - Saturday
85 days to Go!



Wednesday, 11 May 2016

Ore Kelate!

Assalamualaikum,

Al maklum, bila bos xde je baru nak update cerita2 baru kat sini. ok, kalini nak cerita pasal baru2 ni balik kelantan (tempat tumpahnya darah makku!) eyfa org kelantan, klu korg xtahu. Lahir je sana, tapi membesar kat KL. Jarang balik kelantan, tp tahun 2016 ni kena rajin2 kan diri balik kelantan selalu disebabkan hujung tahun ni nikah kat sana. Heheehhe.

Balik baru2 ni, eyfa balik ngan En. Tunang gemok. Asalnya balik ni nak tengok baju sanding kat Melor, tapi bila pergi tengok, baju xde saiz & kebanyakkan design xmasuk dengan jiwa & raga ni..Ops!moga akak 2 xterjumpa blog aq ni (takut kecik hati).

So, eyfa & Tunang decide untuk buat sendiri baju sanding. Yang 2 eyfa akan update kemudian ye?

3 hari je balik kelantan, eyfa ambik peluang ni pergi berjalan2 dengan tunang & family. Sebab selama ni eyfa xpernah pon jalan2 area kelantan 2. Selama hidup, kalau balik pon, dok rumah nenek sampai habis cuti.Hahahah..sedih kan?

Eyfa ajak En. Tunang pergi Tok Bali, tengok laut. Dahla xpernah pergi, dengan zaman moden yang serba canggih ni, nasib ada WAZE! hahaha.. follow jela intruction waze 2. Dekat je dari rumah dalam 15 minit dah sampai. xsusah pon nak cari, small the pieces!

Google Maps sendirila!


The beauty of the beach, xde edit2 ye!memang air dia warna 2 biru kehijauan
Pantai Tok Bali ni, xramai yang mandi, eyfa pergi pon sekadar selfie2 & rendam2 kaki je. 

Then, Eyfa ada ke Rantau panjang, tempat membeli belah tanpa cukai! Actually kalau ko beli banyak, kena jgk tax disebakan ada abang2 & kekakak KASTAM kat situ dok menjaga, terlebih beli kena la bayar Tax 2. Tapi kalau nak dibandingkan harga barang kat Rantau Panjang & tempat2 biasa, Rantau Panjang 2 lagi murah + cukai. Harga kalau banding ngan KL, separuh lagi murah kat Rantau panjang ni. Rugi xmembeli ibarat jumpa SYURGA MEMBELI BELAH!hahhahaha.

Balik dari Rantau Panjang, sempat singgah di Masjid Beijing. (Ko ingat kat Beijing je ada Masjid Beijing?)hahahaa..Tapi eyfa xdapat masuk disebabkan, eyfa piyed!



Masjid Beijing
AirAsia Fridge Magnet

Dah tiba masa balik KL, eyfa naik belon AirAsia pada 01/05/2016 dari Kota Bharu ke KLIA2. Fridget Magnet 2 harga RM25 @ RM35 (dah lupa) dapat 1 kotak (dalam ada 6 kenderaan). Beli pon disebabkan En. Tunang suka sangat dengan Fridge Magnet (kenangan katanya).


Wednesday, 17 February 2016

Babarittos Delight Food Truck

Pepetang!
Gambar Pinjam

Baca Tajuk mesti pelik kan? apa benda alah lettew? haahhaha.. Babarittos Delight ni jual makanan2 mexico tapi dalam truck (tapi eyfa tgok mcm bas mini org dulu2) cuma dah dicat & dicantikkan. Menu dia macam2, eyfa pernah pergi sekali je, 2 pon sbb En. Paan gemok nak sangat merasa. Disebabkan babarittos ni pernah masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan.

Pelanggan dia sentiasa ramai, klu nak makan take turn la kalau nak duduk. xpon tapau bawak balik je. Dia ada bukak meja depan truck. Hari 2 eyfa try makan quesadillas. Pergh!cheese dia macam tali bila makan..ahahhaahha..2 yang eyfa suka.. (hantu cheese).




En. Abg tengah beli makanan
ooooo..besnya!sedaaap.. Nilah Quesadillas! Harga Bawah Rm15 sahaja.
 Bertempat di setapak berdepan dengan NZ..google lah ye kalau xjumpa..hehhe


I'm Engaged!

Assalamualaikum..

Dah nak masuk 2 bulan eyfa menjadi tunangan orang..Hehehe..Baru ada kesempatan nak menulis dalam blog ni..

"Eyfarhan"

Pada tarikh 26.12.2015, eyfa dengan rasminya telah di-ikat & ditunangkan dengan En.Paan gemok. Cincin telah pun disarungkan oleh bakal mertua eyfa lebih kurang dalam pukul 3petang di rumah makcik di Country Homes, Rawang, selangor. Semiggu sebelum bertunang, demam panas melanda diri,huhu. Demam orang nak bertunang. Cengkung sikit muka kalau perasan..hehehe

Pelamin mini DIY yang disewa dari DIY Pelamin Photobooth Buaian Berendoi dengan harga RM250 bertemakan warna cream pink. Hasil tangan dari makcik sendiri untuk pasang & deco pelamin. Tambah cikit barang2 lain untuk cantikkan pelamin.

Baju eyfa dari Leeyana Rahman , Tudung dari Tudung Ruffle , headchain dari Forever21 , makeup dari air tangan Makcik ku sendiri Aishah Mamy menggunakan barang mekap dari MaryKay.

5 Dulang hantaran dari pihak lelaki dibalas 7 dari pihak perempuan. Dulang bertemakan colour purple & merah.

Barang Hantaran Pihak Perempuan kepada lelaki :
1.Sirih Junjung
2. Kurta Biru
3. Tuala Biru
4. Pulut Kuning
5.Buah- buahan
6.Kek
7. Gula-gula
Barang Hantaran Pihak lelaki kepada perempuan :
1.Sirih Junjung
2.Cincin emas berbatukan berlian
3.Jubah Biru beserta Tudung
4.Buah-buahan
5.Kek


Sepanjang Majlis :
Family Belah Perempuan
Family Belah Lelaki
Saat Disarungkan cincin oleh bakal mertua. Allah je tahu perasaan waktu 2 (malu, hati dup dap2, tangan menggeletar & xnak pandang kemara)
Bersama Family
My mom, Makcik2 & sepupu
Kawan2 yang hadir
Family belah lelaki
Makcik eyfa yang kecoh menjayakan majlis
Adik & sepupu
My Future Bridesmaid!
Terima kasih buat family yang banyak membantu dalam majlis pertunangan eyfa ni..Terima kasih juga buat kawan2 yang hadir.

Wassalam..