FAv SoNg

Thursday, 26 November 2015

KL - Putrajaya - Bangi - Nilai

Salam Jumaat semua!

Baru-baru ni pergi nilai carik barang hantaran tunang, kurang dari 2 bulan eyfa akan bertunang, so preparation semua last minit. Kelam kabut jugakla carik barang sana sini, dari KL ke putrajaya then ke bangi dan seterusnya ke nilai. Berminggu jugakla mencarik baju hantaran & baju tunang. Bukan memilih (acceh) tapi size banyak xde (salahkan size). Hehehe..Last2 dapat beli dekat bangi. First time pergi sana, semua butik kat malaysia yang tip top gebaaabooom semua ada dekat situ (jakun sekejap). Hihihi..1 jam jugakla mencarik baju.
My Future Husband! Pusing sampai lebam, dari bawah ke atas, dari kiri ke kanan.

Di Imaan Boutique.. sorry! xde yang berkenan..

Actually time pergi beli barang ni, mak cik pak cik & anak2 dorang semua ikut. Termasuk sepupu eyfa!



Nilah hasilnya, Baju Tunang by Leeyanarahman. Baju Hantaran by Raffel & Jadora.

Dah habis beli baju hantaran, kitorang pon terus ke nilai. Mencarik dulang + gubahan hantaran. Nak membeli barang dekat nilai ni kena pandai survey. Jangan jadi macam eyfa, rasa mcm kene tipu je. Baru masuk 1 kedai dah terbeli. 1 Dulang RM10 tau x? kedai lain RM7 1 dulang, bila pusing2 lagi jumpa pulak offer 3 dulang RM10. Tak sakit hati kengkawan? rasa nak menangis pun ada. Beli Pulak 9 dulang terus, hurm.. pe boleh buat? redhoooo jela.. xde rezeki..

Bila dah terbeli terus 9 dulang tuh, pikir 2 3 kali jugakla untuk beli gubahan hantaran tu. Taknak terkena mcm tadi, so kalini, memang kena survey dulu, carik bunga plastik dengan harga murah, yang cantik, yang menawan kau mmg gojes!beratus jugakla habisnya. Dahla buat eyfa rambang mata, confius nak beli bunga apa coz bnyak yang cantik2 (adooooi!)..Berejam jugakla dok kat kedai 2, sampai yang lain2 lapoor menunggu bakal pengantin ni membeli gubahan..haahhhah.

Lepas makan tengahari (which is already 5pm), ambik kau! masing2 kebulur, pukul 4 td baru dapat makan, kitorang sambung membeli lagi..Haaaa..alang2 kat nilai ni, kite perabih jeler duit mana ada..Hahahha.. Barang2 hantaran tadi semua dah setel, so ada lebih RM150, cadang nak membeli karpet bulus yang gebus gebas yang lembut & menarik di mata2 wanita di luar sana. Nak menghiasi teratak yang akan didiami oleh pengantin baru nanti.

Kalini pon survey jugak banyak kedai, ada jual sampai RM600 1 karpet bulus 2..Hadoooi! Katanya dari Turki la pe la, lembut la, kedai lain xdela, Aaaargh! Apa aku peduli! Aq nak yang murah je..huh!

Sampaila eyfa terjumpa kedai nih! "SWAT CARPET", ingat ye kengkawan, swat carpet - ini kedai kasik manyaaaaak murah- hahahahah..berdepan dengan BARYALI CARPET.. Mulut kasi manyaaaak manis,buat muka kesian ckit, dengan waktu magribnya.. dia pon kasilah murah..hahahah.. Kat sini eyfa dapat RM80 1 karpet sebesar 120*170. So alang2 dapat murah 2, eyfa grab la sampai 2. RM80+RM80 = RM 160 sahaja without GST. Kedai ni xcas GST melainkan korang mintak resit dengan dia. Alhamdullillah..Puas hati dengan apa eyfa beli waktu 2. Kalau beli online1 karpet bulus RM150 dia jual 2 pon belum masuk postage + beratnya..kos2!

Ni antara karpet2 di kedai dia..

 
So nilah eyfa beli, maap xsempat nak snap picture..


 Itu sahaja setakat ni dari saya cik Eyfa..

Wassalam.



Wednesday, 11 November 2015

Cincin Oh Cincin..

Assalamualaikum semua.

Harini head department xde, so eyfa ambik peluang ni untuk menulis entry tentang cincin. Hehehe..cincin apa?cincin nak tawiiiiin la..hahahha..sambil menaip sambil tersengih depan PC nih..haahhaahha..terlebih happy pulak. Gila xhappy?nak mendirikan masjid, nak menyatukan 2 hati yang selama ni hangat bercinta! (Acceh ayat xleh bla der)

Orite, misi mencari cincin bermula di kedai emas Merchant9 di keramat mall. By the way, Eyfa terjumpa page Merchant9 di FB, bila scrool2 page dia, eyfa dah jadi rambang mata, nak 2 nak ni, kalau boleh nak beli 1 kedai emas 2..hahahahahaha.. eyfa suka dengan design2 dia, harga mampu milik. That's why buat keputusan nak pergi kedai dia di Keramat Mall. Klik sini http://www.merchant9.com/

Banyak choice, kalau boleh nak beli semua..Heheheheh. Sebenarnya eyfa tengah mencarik cincin merisik. Ikotkan & sepatutnya Future Husband yang kena pergi bersama maknya mencarik cincin ni. Tapi disebabkan last minit punya plan. Eyfa nak xnak kene pergi dengan En. Abg la. (xsuprise la cincinya). Mana xnya rabu bgtau nak dtg merisik ari ahad mggu yang sama, sabtu dah kelam kabut pergi beli cincin. (tp xpe, eyfa boleh pilih2) Heehehehhe..Hari bekerja xdptla nak pergi, sibuk bekerja kan?

Pilih punya pilih, sekali size xde daaa..nak kasi besar xboleh (katenya cincin belah rotan xboleh di oter2). So dengan hati yang sedih, ku melangkah keluar dari kedai 2 ke tempat lain.Xde rezeki nak pakai cincin kedai emas 2.

Carik punya carik, lebih 3 kedai dah pergi, size jari eyfa susah nak jumpa. Akhirnya ke Kedai emas Rosst Jewels di plaza idaman, gombak. Di situ ada size, tapi choice xbanyak. Disebabkan xbanyak masa, eyfa ambik mana ada jelah.Coz, esoknya dh nak dtg merisik. Xpelah, asalkan ada cincin dari xde kan?



Alhamdullilah, Inilah cincin merisik eyfa, simple je..

Thats all for today!

Jumpalah kite di entry yang seterusnya!bye!