FAv SoNg

Thursday 26 November 2015

KL - Putrajaya - Bangi - Nilai

Salam Jumaat semua!

Baru-baru ni pergi nilai carik barang hantaran tunang, kurang dari 2 bulan eyfa akan bertunang, so preparation semua last minit. Kelam kabut jugakla carik barang sana sini, dari KL ke putrajaya then ke bangi dan seterusnya ke nilai. Berminggu jugakla mencarik baju hantaran & baju tunang. Bukan memilih (acceh) tapi size banyak xde (salahkan size). Hehehe..Last2 dapat beli dekat bangi. First time pergi sana, semua butik kat malaysia yang tip top gebaaabooom semua ada dekat situ (jakun sekejap). Hihihi..1 jam jugakla mencarik baju.
My Future Husband! Pusing sampai lebam, dari bawah ke atas, dari kiri ke kanan.

Di Imaan Boutique.. sorry! xde yang berkenan..

Actually time pergi beli barang ni, mak cik pak cik & anak2 dorang semua ikut. Termasuk sepupu eyfa!



Nilah hasilnya, Baju Tunang by Leeyanarahman. Baju Hantaran by Raffel & Jadora.

Dah habis beli baju hantaran, kitorang pon terus ke nilai. Mencarik dulang + gubahan hantaran. Nak membeli barang dekat nilai ni kena pandai survey. Jangan jadi macam eyfa, rasa mcm kene tipu je. Baru masuk 1 kedai dah terbeli. 1 Dulang RM10 tau x? kedai lain RM7 1 dulang, bila pusing2 lagi jumpa pulak offer 3 dulang RM10. Tak sakit hati kengkawan? rasa nak menangis pun ada. Beli Pulak 9 dulang terus, hurm.. pe boleh buat? redhoooo jela.. xde rezeki..

Bila dah terbeli terus 9 dulang tuh, pikir 2 3 kali jugakla untuk beli gubahan hantaran tu. Taknak terkena mcm tadi, so kalini, memang kena survey dulu, carik bunga plastik dengan harga murah, yang cantik, yang menawan kau mmg gojes!beratus jugakla habisnya. Dahla buat eyfa rambang mata, confius nak beli bunga apa coz bnyak yang cantik2 (adooooi!)..Berejam jugakla dok kat kedai 2, sampai yang lain2 lapoor menunggu bakal pengantin ni membeli gubahan..haahhhah.

Lepas makan tengahari (which is already 5pm), ambik kau! masing2 kebulur, pukul 4 td baru dapat makan, kitorang sambung membeli lagi..Haaaa..alang2 kat nilai ni, kite perabih jeler duit mana ada..Hahahha.. Barang2 hantaran tadi semua dah setel, so ada lebih RM150, cadang nak membeli karpet bulus yang gebus gebas yang lembut & menarik di mata2 wanita di luar sana. Nak menghiasi teratak yang akan didiami oleh pengantin baru nanti.

Kalini pon survey jugak banyak kedai, ada jual sampai RM600 1 karpet bulus 2..Hadoooi! Katanya dari Turki la pe la, lembut la, kedai lain xdela, Aaaargh! Apa aku peduli! Aq nak yang murah je..huh!

Sampaila eyfa terjumpa kedai nih! "SWAT CARPET", ingat ye kengkawan, swat carpet - ini kedai kasik manyaaaaak murah- hahahahah..berdepan dengan BARYALI CARPET.. Mulut kasi manyaaaak manis,buat muka kesian ckit, dengan waktu magribnya.. dia pon kasilah murah..hahahah.. Kat sini eyfa dapat RM80 1 karpet sebesar 120*170. So alang2 dapat murah 2, eyfa grab la sampai 2. RM80+RM80 = RM 160 sahaja without GST. Kedai ni xcas GST melainkan korang mintak resit dengan dia. Alhamdullillah..Puas hati dengan apa eyfa beli waktu 2. Kalau beli online1 karpet bulus RM150 dia jual 2 pon belum masuk postage + beratnya..kos2!

Ni antara karpet2 di kedai dia..

 
So nilah eyfa beli, maap xsempat nak snap picture..


 Itu sahaja setakat ni dari saya cik Eyfa..

Wassalam.



Wednesday 11 November 2015

Cincin Oh Cincin..

Assalamualaikum semua.

Harini head department xde, so eyfa ambik peluang ni untuk menulis entry tentang cincin. Hehehe..cincin apa?cincin nak tawiiiiin la..hahahha..sambil menaip sambil tersengih depan PC nih..haahhaahha..terlebih happy pulak. Gila xhappy?nak mendirikan masjid, nak menyatukan 2 hati yang selama ni hangat bercinta! (Acceh ayat xleh bla der)

Orite, misi mencari cincin bermula di kedai emas Merchant9 di keramat mall. By the way, Eyfa terjumpa page Merchant9 di FB, bila scrool2 page dia, eyfa dah jadi rambang mata, nak 2 nak ni, kalau boleh nak beli 1 kedai emas 2..hahahahahaha.. eyfa suka dengan design2 dia, harga mampu milik. That's why buat keputusan nak pergi kedai dia di Keramat Mall. Klik sini http://www.merchant9.com/

Banyak choice, kalau boleh nak beli semua..Heheheheh. Sebenarnya eyfa tengah mencarik cincin merisik. Ikotkan & sepatutnya Future Husband yang kena pergi bersama maknya mencarik cincin ni. Tapi disebabkan last minit punya plan. Eyfa nak xnak kene pergi dengan En. Abg la. (xsuprise la cincinya). Mana xnya rabu bgtau nak dtg merisik ari ahad mggu yang sama, sabtu dah kelam kabut pergi beli cincin. (tp xpe, eyfa boleh pilih2) Heehehehhe..Hari bekerja xdptla nak pergi, sibuk bekerja kan?

Pilih punya pilih, sekali size xde daaa..nak kasi besar xboleh (katenya cincin belah rotan xboleh di oter2). So dengan hati yang sedih, ku melangkah keluar dari kedai 2 ke tempat lain.Xde rezeki nak pakai cincin kedai emas 2.

Carik punya carik, lebih 3 kedai dah pergi, size jari eyfa susah nak jumpa. Akhirnya ke Kedai emas Rosst Jewels di plaza idaman, gombak. Di situ ada size, tapi choice xbanyak. Disebabkan xbanyak masa, eyfa ambik mana ada jelah.Coz, esoknya dh nak dtg merisik. Xpelah, asalkan ada cincin dari xde kan?



Alhamdullilah, Inilah cincin merisik eyfa, simple je..

Thats all for today!

Jumpalah kite di entry yang seterusnya!bye!

Tuesday 1 September 2015

Raya 2015

Salam Syawal!

Selamat Hari Raya buat semua muslimin & muslimat sekalian.

Gambar D pagi RAYA di tempat parking kereta! Nak menuju ke Seremban.

With Annoying Little Sis & Big Momma! Tema tahun ni warna Maroooon!

Raya Kedua Eyfa ke Melaka, habiskan cuti berjalan ke melaka. Last ke Melaka time kecik2 dulu. Lama dah xberjalan, so kalini pergilah ke sana,
bawak "Org KL" A.K.A Abg tough xpernah jejak tanah Melaka.

Tarra!


Selekehnya aq!
 
Raya ke-3 nak balik KL dah..Wajib Matching colour baju k?!
Raya untuk 3 hari saje bagi Eyfa. Hari2 lain teruskan hidup dengan kerja2 kat office. Cuti sabtu ahad pon xde kemana..Keluar pon jalan2 pergi makan aje. So kita jumpa raya tahun depan k? andai ada jodoh kita..kita jumpalah!

Assalamualaikum.....


RAYA Dinner - Epicentre Lifestyle Sdn Bhd

Salam Syawal! - Walaupun sekarang dah nak raya haji!

Entry kalini, nak bercerita tentang Raya Dinner di Restoran Taman Sari, Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 3/8/2015. Tema Kalini adalah "Traditional Wear". So boleh pakai, baju kurung, cheongsam, saree & sebagainya.

Kebanyakan staff yang hadir malam 2 ada ikut tema traditional wear, certain staff je yang xberapa nak sporting or MALAS nak pakai cantik2 (pakai baju kerja aje).


(Pose ala2 retis)
Hai! Inilah saya pada hari Dinner 2! Pakai Baju kurung raya tahun ni warna Maroon & Emerald .








Jom Intai makanan pulak. (gambar xbanyak)






Layankan aksi kami..
Makan banyak2, free ni oi!
Bersama Bos besar Epicentre..Selfie ooo

Entah apa gaya



So Dinner kalini, Eyfa dapat Sony DVD Home Theater! Alhamdullilah..Syukur sangat2.. Niat kat hati memang datang makan je xaim mana2 hadiah pon. (pernah aim tapi dapat hadiah cikai). So kalini dalam2 xaim 2 dapat hadiah Grand Prize dari Epicentre.

Thanks Epicentre!

Jimat duit,hehehe. Kat rumah dah ada rak tv & home theater. Tinggal beli TV je. Nak kumpul duit nak beli 2 pon ambik masa yang lama.hahahah


Senyum dengan Bangga!hahahah..



Jumpa Dinner akan datang, mana tau dapat Microwave pulak ke?hehehhe..


Wednesday 15 July 2015

IFTAR 2015

Salam Ramadhan buat semua. Jumpa lg kite di bulan yg mulia ni. Banyak2kan beramal, jaga mata,jaga mulut, jaga hati yep?

Bulan puasa tahun ni, eyfa banyak hari berseorangan. Al-maklum hidup bujang kan? sahur & berbuka memang sengsoranglah ceritanya. Hujung minggu je dapat berbuka dengan family & kawan2.

Ramadhan yang ke 17, barulah dapat berbuka dengan family, jauh ke negeri Pahang. Restoran & cafe Santai, Tanjung Lumpur. Tempat yang agak2 famous tapi sayang seribu kali sayang service xbagus. Tapi pelik juga ramai pulak customer dia. Tempat je yang cantik kebaboooom. Eyfa Kasi 5/10 bintang jep. If u alls nak try, sila lah Buffet RM39 per pax. (Sorry gambar xde)

Ramadhan ke 18, cadang nak berbuka dengan cek abang berdua je selepas shoping dekat KL Sogo & Jalan Tuanku Abdul Rahman. Last2 minit, En Alif call ajak berbuka together2 coz dalam masa yang sama dia ada kat area2 situ. Jam pon dah pukul 6.15, tempat berbuka xjumpa2, last2 berjalan sampai ke Maju Junction (dah renovate jd Parkson). Berbukalah we alls kat Kenny Rogers (nasib ada tempat kosong) walaupon dah lmbt, tempat pon ramai yang dah book.

Makanan sampai betul2 time berbuka, orang lain dah berbuka,we alls selfie dulu!


Then, sambung desert dekat Secret Recipe.

Perut dah penuh pon, sumbat ajelah!



Ramadhan ke 24, berbuka bersama keluarga di Putrajaya. Menanti kepulangan ibu tercinta dari Pulau langkawi (Kursus selama 2 bulan tanpa berita). Layankan makanan2 tu.

Maafla tangan 2 interframe. Lauk yang ada sume homemade,kuih je tunjuk.Heheh, ayam percik, rendang ayam, ikan keli berlada, masak lemak nenas ikan masin, sotong kunyit, sotong sambal & banyak lagila..xlarat nak taip banyak sangat.

Antara Family yang ada

Ramadhan ke 25, berbuka bersama tersayang.


Ikan Merah masak 3 rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung. restoran di batu 8, gombak.

 Itu sahaja entry eyfa kalini, harap anda terhibur.

Ku pohon maaf andai ada salah silap atau terkasar bahasa. Insyallah, jumpa lagi kita Ramadhan tahun depan!Selamat Hari raya!


Friday 8 May 2015

Aishah Instant ( Tudung Pelbagai Gaya) Lebih Labuh

Assalamualaikum..

Jom tengok Koleksi terbaru Aishah Instant (Tudung Pelbagai Gaya)
Hanya Sarung & pusing!

RM40 (Tidak termasuk postage)
Kain Chiffon berkualiti tinggi

Anda boleh lihat contoh model menggayakan tudung Aisha Instant.

AI07




AI08


AI09


AI10
 

Kepada Yang berminat, anda boleh whatsapps saya di no. 018-3892540 atau anda boleh singgah ke page Aisy Hasfa D Hijab di https://www.facebook.com/Aisyhasfadhijab

Terima kasih!




Thursday 9 April 2015

Annual Dinner (CNY) 2015


Morning Cinta Hati sekalian!

Harini jejari ni terlebih rajin plak nak memblog. So, setelah sekian lama blog ni kesepian, harini nak share tentang Annual Dinner 2 bulan lepas kat Sheraton Hotel. (hahaha..ambik masa agak lama untuk share)

Annual Dinner - Epicentre Lifestyle Sdn Bhd
Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur
27 Febuari 2015
Tema : Black & Gold


Layan kan menu dia dulu..




So..makanan dia dari 10 bintang eyfa kasi 6 je! coz daging dia bapak liat!xkira la daging lembu/kambing..ahhaaha..sushi dia xrasa suchi pon! yang ok desert dia je, yg 2 terbaeeeeeek!cukup rasa..

Tapi time dinner ni eyfa xberapa nak sihat, so xdela makan sangat, sempat merasa sikit je..rasa mcm rugi je tau!tpi xpela, company yg bayar.heheheh..

Kawan Gosip!


HR Team


Ha..2 best dress for male!

with the bos!



Yang sedihnya, Lucky draw eyfa dapat Bundle Gift - Cover Iphone 4,ape kejadnya! Jauh sekali TV LCD yg dah sebulan eyfa "AIM", yang eyfa impi2kan! Punah harapan!☻☻☻